dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

MAHIR MASAK INTAKE 3 DALAMI TEKNIK HIDANGAN MAKANAN BARAT

28 April 2026 | Aktiviti Terkini

Program Mahir Masak Intake 3 telah meneruskan pembelajaran ke Modul 13 – Makanan Barat Bahagian 1: Teknik Perapan & Penyediaan Sos yang berlangsung secara atas talian baru-baru ini.

Dalam sesi selama 1 jam 30 minit ini, seramai 2 orang peserta telah mempelajari cara menyediakan Grilled Chicken Chop and Mushroom Sauce bermula dengan teknik perapan ayam yang betul bagi mendapatkan rasa lebih sebati dan tekstur yang lembut. Peserta turut diajar langkah penyediaan sos cendawan yang pekat serta seimbang rasanya.

Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara membuat coleslaw sebagai hidangan sampingan dengan menggunakan campuran kubis, lobak merah dan mayonis. Antara tip yang dikongsikan ialah memastikan sayuran dihiris halus, ditoskan terlebih dahulu supaya tidak berair serta digaul sebati bersama sos bagi menghasilkan coleslaw yang lebih rangup dan menyelerakan.

Kelas ini memberi pendedahan berguna kepada peserta mengenai penyediaan menu makanan barat yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan sendiri malah berpotensi dijadikan menu jualan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.